Showing posts with label Islam dan Iman. Show all posts
Showing posts with label Islam dan Iman. Show all posts

Sunday, 2 October 2011

Pengertian Aurat, Hijab, Jilbab Dan Niqab | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Pengertian Aurat, Hijab, Jilbab Dan Niqab | iluvislam.com + discover the beauty of islam


Assalamualaikum...

Adalah suatu perkara yang indah jika seseorang itu berhijrah untuk memahami dan melaksanakan tuntutan berhijab.

Namun dewasa ini perkara atau hukum hijab ini seolah-olah dianggap sebagai peredaran fesyen yang sekadar menjadi sebutan dan trend. Pihak yang memberi pengaruh dan ikutan semestinya dari golongan selebriti disebabkan oleh faktor populariti.

Namun yang demikian, perkara hijab dan jilbab ini merupakan suatu tuntutan yang tidak boleh dipandang ringan. Apa yang merisaukan adalah pemahaman terhadap tuntutan ini disalah ertikan dengan pelaksanaan yang sarkastik semata-mata.

01. AURAT

Aurat merupakan istilah Arab yang bermaksud bahagian anggota badan yang wajib ditutup (haram jika dipamerkan) kepada orang asing (ajnabi) yang bukan muhrim.

Diperjelaskan lagi, batas aurat juga merangkumi jenis pakaian yang tidak menonjolkan bentuk tubuh badan.

Secara dasarnya dinyatakan bahawa batas aurat bagi lelaki adalah di antara pusat hingga ke lutut. Berlainan pula dengan aurat yang ditekankan kepada golongan wanita.

Aurat bagi kaum wanita merangkumi:

  • Di hadapan saudara lelaki (muhrim) diwajibkan menutup seluruh anggota badan kecuali kepala dan tangan.
  • Ketika bergaul sesama wanita muslim aurat bagi wanita itu adalah dari pusat hingga ke lutut
  • Ketika bergaul di kalangan wanita bukan muslim adalah diwajibkan menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Namun bagi sesetengah pendapat para ilmuan batas aurat wanita muslim kepada wanita bukan muslim adalah sama dengan batas aurat ketika bergaul sesama muslim
  • Apabila berhadapan dengan lelaki yang bukan muhrim pula diwajibkan menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan telapak tangan
  • Aurat ketika solat adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan telapak tangan

Ada juga sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa suara juga merupakan aurat bagi kaum wanita.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka (terjemahan langsung adalah: 'dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan penutup'); dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada:

  • Suami mereka atau
  • Bapa mereka atau
  • Bapa mertua mereka atau
  • Anak-anak mereka, atau
  • Anak-anak tiri mereka atau
  • Saudara-saudara mereka atau
  • Anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
  • Anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
  • Perempuan-perempuan Islam atau
  • Hamba-hamba mereka atau
  • Orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
  • Kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan

Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." - [Surah An Nur: Ayat 31]

02.HIJAB

Pelaksanaan hijab adalah perkara wajib yang diperjelaskan secara nyata di dalam Al-Quran.

Secara umumnya hijab itu membawa maksud cara menutup aurat bagi lelaki dan juga perempuan dengan sempurna.

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)." - [Surah Al-A'raaf: Ayat 26]

03.JILBAB

Jilbab adalah tuntutan dalam pelaksanaan hijab yang sebenar.

Perkara ini dijelaskan dengan penurunan ayat Al-Quran dari petikan surah Al-Ahzab. Jilbab merupakan kaedah atau fesyen pakaian yang labuh.

Jika dilihat kepada revolusi wanita Islam masa kini, fesyen pemakaian tudung labuh adalah teramat kurang sekali untuk dilihat. Malahan di negara Malaysia ini, golongan yang bergelar ustazah juga kurang dilihat mengenakan pakaian berunsur jilbab.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - [Surah Al-Ahzab: Ayat 59]

04.NIQAB

Niqab adalah sehelai kain yang digunakan untuk menutupi muka seorang wanita kecuali mata yang lebih dikenali sebagai "purdah".

Pemakaian niqab bagi seorang wanita menjadi persoalan para cendekiawan sama ada ianya wajib ataupun tidak. Namun begitu, penggunaan purdah dipersetujui bahawa adalah sangat dicadangkan.

PENUTUP

Hukum menutup aurat adalah wajib bagi setiap insan yang bergelar muslim. Namun, pelaksanaan hukum ini tidak mendapat perhatian oleh kebanyakan umat Islam dewasa ini. Walaupun kita berada di dalam sebuah negara yang diiktiraf sebagai negara Islam, tetapi tiada undang-undang khusus yang mewajibkan etika menutup aurat. Oleh yang demikian, perihal hukum menutup aurat mula dipandang sebagai hukum yang boleh diringan-ringankan. Sedangkan hakikatnya hukum menutup aurat ini sememangnya diketahui sebagai WAJIB bagi umat Islam, tetapi begitu sukar memenuhi tuntutan hukum ini sebagai tunjang kekuatan iman...

- Artikel iluvislam.com

Wajah Yang Manis | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wajah Yang Manis | iluvislam.com + discover the beauty of islam


Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang sederhana namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."

Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.

Umar bin Khattab walaupun jawatannya khalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Tetapi sikapnya ramah, wajahnya sentiasa senyum dan mukanya berseri. Tak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

- Artikel iluvislam.com

Saturday, 1 October 2011

Ad@b BerDoa...






Rasulullah s.a.w bersabda :

" Doa adalah senjata bagi orang mukmin, tiang bagi agama dan cahaya bagi langit dan bumi.."
(riwayat al-Hakim dan ibn Abi Al-Dunya)


Adab-Adab berdoa :

1. Dalam keadaan berwuduk

2. Mulakan dengan Bismillah dan puji-pujian pada Allah swt serta Selawat 

3. duduk menghadap kiblat

4. Mohon ampun dengan rendah diri dan mengakui segala dosa dan kesilapan yang pernah dilakukan

5. Berdoa dengan bersungguh-sungguh serta memahami isi& maksud doa..bukan sekadar baca semata-mata

6. Khusyuk, tawaduk dan rendahkan suara semasa berdoa

7. dahulukan permintaan untuk diri sendiri sebelum orang lain

8. Ulang bacaan doa sebanyak 3x bagi hajat yang berat@ diutamakan

9. Hindari daripada sesuatu yang ditegah spt makanan, minuman, pkaian atau pekerjaan

10. berdoa untuk kaum muslimin dan muslimat secara keseluruhan untuk kesejahteraan mereka.

sekian...moge dijadikan panduan dalam meningkatkan ketaqwaan dan keimanan...amin :)










Friday, 30 September 2011

Bi@r oraNg Buat kiTe...Jang@n KitE wat Orang




      Assalamualaikum w...haloooooo..lu orang tengok tajuk tu rase2 paham dak pe yang aku cube nak sampaikan ek???
ceritanya cenggini..tadi mase aku dok lepak2 di siang hari, tetibe terajin lak aku nak bace majalah berunsurkan keislaman (solusi)..banyak gak input aku dapat...sume aku amik jadi iktibar..ni aku nak habaq mai kat korang sume la ni..nak share beramai2...artikel yang aku bace tu tajuknyer " agrasif memburu kemanisan iman"..solusi volume 30...ape lak kaitan nyer dengan tajuk tu??? 

      Dulu, mase aku kecik-kecik, pak aku slalu pesan kat kami 5 beradik..."biar orang wat kite, jangan kite wat orang.." tiap kali ade orang wat taik je kat family aku, mak aku bukan main bising pung prang pung prang  mak aku dok bebel & marah sampai tak hengat la...bapak aku gak yang mantain cool jer...mak aku kepoh2, bapak aku mesti kuarkan ayat tu kat mak aku..mak aku pong jadi speechless...bhahaha..dulu aku dak paham gak awat la bapak aku dok sabaq sangat ngan orang laen...tapi da besar2 ni, da matang, dah bole la akal aku ni berfikir dengan jayanya!!! hahahaha....syabas tok aku!! jadi, kate-kate bapak aku tu, memang aku pegang sampai skarang..tu la jadi pedoman tok aku kawal perasaan dendam, marah & benci dalam diri aku..mekasih pak..sbb da berjaya mendidik anakmu ini dgn ajaran yang berguna.

          Lepas je aku terbaca artikel tu, terus aku tersedar rupenye ape yang ayah aku selalu pesan tu, ada dalam salah satu elemen memburu kemanisan iman. para ulamak tasawuf cakap, orang yang nak cari kemanisan iman mestila usaha tok ingatkan dua perkara then lupakan dua perkara.haaa jeng3...ape tu yer???

         Yang pertamanya, ingat kebaikan orang pada kita...maksudnyer kat sini, nak suh korang kenang budi orang..pe je kebaikan yang orang wat kat korang mesti kene ingat..jangan jadi macam kacang lupekan kulit..haha..orang tolong ko mase susah, tapi bile da senang ko berlgak bukan maen lagi....tak mo ler ghuper tu perangai..buruk bebenor...s****** pong lagi cantik perangai...kekekeke...kenapa kena ingat kebaikan org???? ape faedahnyer???  perkara ni boleh watkan kite jadi seorang yang pemaaf sebab secara automatiknya bile kite kenangkan kebaikan orang tu pada kite, bile die wat salah kat kite, sure kite akan maapkan...haaa kan da tanam sifat2 yang baik tuh...

        Yang keduanya pulak, ingat la tiap kesalahan kite kat orang...hahaha perangai biar adab sket laa..Wah!! bile orang wat salah kat ko, bukan main ko kenang2 lagi..terbayang2..sampai 7 keturunan ko khaborkan salah orang tu ek....tapi salah ko kat orang x penah lak ko nak pikirkan yer??? siap leh pikir..."alaaa.. xpe..salah aku bukan serius sgt pon..mende kecikk je tuh..kuman pon lagi besar dari silap aku tuh.." adoyaiii...alamatnyer..kalu tiap kali ko wat dosa and salah kat orang, ko pikir macam tu jer...nescaya addicted la korang nak nyakitkan ati orang....silap aribulan leh jadi habit woooo....ish3x...hurmmm...nape penting nak di ingatkan salah kite kat orang???  sumer ni akan dorong kite tok mntak maaf sesama manusia..ni  leh membuahkan kasih sayang  sesama manusia kerana Allah swt...bile kite sentiasa ingat, kite akan sedar betapa x sempurnanya kite ni..x lepas dari kesilapan..paling penting skali ingat la ape je salah & dosa  kita kat ALLAH Swt...ni dapat timbulkan rasa insaf, takot, nyesal dan mendorong diri kite tok bertaubat. tau x korang, dosa yang menyebabkan kite menangis nile dikenang, lagi berganda2 baiknyer daripada kebaikan yang leh menimbulkan rasa takbur.

         Dua perkara yang patut kite lupakan pulak, lupekan kebaikan kite pada orang dan kejahatan orang pada kita. maksud kat sini, bile ko wat baik, wat amal, sedekah, ibadat, tolong orang mase susah, janganla korang nak ungkit-ungkit kan tu semua. sebaiknya dilupakan dengan segera..anggap la yang korang tak pernah wat semua kebaikan tuh. sikap kenang2 & ungkit kebaikan yang dibuat ni just akan batalkan amal yang korang da wat tu jer. bile wujud perasaan riak dengan amal ibadat yang kite wat, tu akan calarkan keikhlasan..so, lupakan!! ni dapat hindari dari sifat bongkak, riak, ujub dan lain2 yang x baek.

        " ko nak suruh aku lupekan pe yang die da wat kat aku macam tu jer???? sorry bro..die da wat taik kat aku, aku akan ingat sampai bile2.die engat aku ni ape?? sesuka hati jer die nak wat aku macam ni???!!!!" 

hahahaha ni la antara dialog yang kadang-kadang kite luahkan bile disakiti...dalam artikel ni kate, kite perlu lupakan kejahatan orang kat kite. dari sini la kite akan sedar yang kite ni pon Hamba Allah je..layak tok disakiti.ni akan menambahkan rasa rendah diri dalam diri, rasa yakin pada Allah swt bahawa ape yang kite alami ni sume berlaku dengan izin dariNYA...bermakne ade hikmah atas tiap yang berlaku..
     haa..tu diee..cukup da 4 benda yang aku nak kongsikan dalam penulisan aku kali ni..aku harap ni sume dapat dijadikan tauladan tok aku n korang. maklumlah....aku ni pon sering terlupa diri..terbuat silap gak kengkadang tu...jadi sama2 la kite saling ingat mengingatkan...doa yang terbaik tok korang sume!!! adioss..see ya!!